May 26, 2011

Sutera Bidadari dari Ramlee Awang Murshid


Satu lagi novel R.A.M kini berjaya ditawan. haha

Ape yang mengujakan adalah, novel ini merupakan kesinambungan kepada kisah Laksamana Sunan yang telah diperkenalkan oleh R.A.M dalam 4 buah novelnya sebelum ini iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi. Dan kini telah disambung kembali dengan novelnya yang terbaru berjudul Sutera Bidadari.

Kesemua novel ini mempunyai nilai tersendiri yang mana mempunyai dakwah yang ingin disampaikan walaupon dengan cara yang tidak terus. Watak utamanya iaitu Sunan banyak memberi kesan kepada pembaca untuk yakin dengan kekuasaan Allah sebagai tuhan yang satu.

Setelah cedera ditembak Portugis dipengakhiran novel sebelum ini iaitu Cinta Sufi, Sunan telah dijaga oleh Hang Tuah untuk dirawat. Setelah pulih, Sunan meneruskan perjalanannya untuk menentang Taghut yang banyak membuat kejahatan dibumi.

Satu plot yang paling menarik perhatian dalam novel ini adalah dengan wujudnya kembali Ratna iaitu isteri kepada Sunan. Ratna yang sebelum ini telah disangka meninggal dunia (dalam novel Cinta Sang Ratu) rupanya masih hidup.

Namun, kisah mengenai Sunan dan isterinya telah ditangguhkan mungkin dalam novel berikutnya yang membawa maksud novel ini masih lagi mempunyai kesinambungan. haha

Agak frust kerana dipengakhiran novel kerana tertanya-tanya kisah Saifudin @ Sunan dengan isterinya iaitu Ratna @ Sang Ratu.

Sekalung tahniah untuk Ramlee Awang Murshid yang berjaya menghasilkan novel yang hebat seperti ini. Nampaknye kene tunggu next novel lagilah untuk mengetahui kesinambungan Laksamana Sunan.

Peminat-peminat R.A.M tunggu ape lagi, singgah la ke kedai buku cepat-cepat. ^_^

2 comments:

Twinny Brat said...

yup. Sutera Bidadari byk merungkaikan jawapan yg mnjadi persoalan selama BP series berjln. x sangka pla krkter Ratna dihidupkn blk. mmg menarik. SB nmpknya lebih mnertakan catitan mariam spnjg perjlnn wanita itu brsama insany yg cintanya x kesampaian , Sunan. disebabkan kita ni Big Fan of RatuSunan, this SB mmg best. new persoalan terbit lgi. hope the next novel will out so soon. i miss them so much`

miera said...

hehe.. Hope sangat la next novel mengenai Sang Ratu keluar cepat.. Excited je rase.. :p