May 24, 2011

Pendapatan Pertama dengan Says.my

Alhamdulillah...

Setelah 7 bulan, baru inilah nak merase cash out dari Says.my ni.

Rase excited walaupon hanya RM50.00

Gembira sebab dapat duit hasil dari usaha sendiri melalui internet. Tambah lagi bila ia melibatkan tiada penggunaan modal. hehe




Lagi menggembirakan bila duit yang masuk ini kita berusaha dapatkan dengan cara yang halal.

Seperti yang saye dan ramai lagi yang lain tahu, ramai yang masih ragu-ragu dengan halal haram pendapatan melalui internet ini.

Saye juga telah membuat sedikit sebanyak pembacaan mengenai perkara ini, jadi Alhamdulillah saye berjaya memahami bagaimana cara yang betul. Namun begitu, jika apa yang saya perkatakan ini salah, maafkan saye.

Pertamanya, dalam mengumpul duit melalui Says.my ini, saya tidak sama sekali memaksa sesiapa klik pada iklan yang saye sebarkan. Ramai juga saye lihat diluar sana yang mana mereka paksa rakan-rakan klik iklan mereka itu dengan cara menghantar spam dan lain-lain. Jadi, cara yang paling selamat bagi saye adalah dengan hanya post di facebook untuk tatapan rakan-rakan atau menulis mengenainya di blog.

Yang ke-2, iklan yang disiarkan itu halal atau haram. Dalam Says.my, kita boleh memilih iklan yang kita mahu sebarkan. Sememangnya 100% pilihan kita sendiri. Jadi, bergantung kepada kitalah untuk menilai iklan mana yang boleh disebarkan dan yang mana tidak. Alhamdulillah, Says.my banyak mengeluarkan kempen untuk iklan-iklan seperti pertandingan ataupon memperkenalkan produk baru. Jadi, iklan-iklan ini tidak menjadi masalah, namun harus juga kita bijak untuk menapis.

Sebelum ini, saye pernah berkongsi mengenai promosi untuk kad-kad bank. Tetapi setelah mendalami beberapa perkara, saye terjumpa satu perkara yang buat saye ragu-ragu untuk berkongsi kempen itu lagi. Yang mana, kita tidak pasti bahawa bank yang kita bantu untuk promosi itu, terlibat dengan riba atau tidak. Jadi, setelah itu, saye juga tidak berani untuk berkongsi kempen mengenai bank lagi.

Jadi, tak hairan lah kalau saye mengambil mase 7 bulan untuk mengumpul RM50 sedangkan orang lain dalam masa sebulan boleh cash out banyak kali.

Apa yang penting untuk saye adalah kepuasan, yang mana saye boleh berkongsi maklumat kepada rakan-rakan disamping menambah pendapatan diri tetapi tidak lupa dengan hukum-hukum Allah. At least, saye tak rase saye online dengan sia-sia.

Jadi, rakan-rakan yang nak join, jom la register ^_^

2 comments:

Sadun said...

tak sabar nak cashout laa..hehe...mesti best kan..

miera said...

mesti lah best.. :P