Mar 28, 2011

Sahabat saye kawen ^_^

Inilah die akibat tak update lame-lame..

Kan da giannn~~~

Ambik, 3 entry dalam satu malam.. hoho

Mungkin untuk kaki blogger, ini perkara biase. 10 entry 1 malam pon rileks je..

Tapi saye?

Saye bukan kaki blogger, bukan juga blogger separuh masa. Blog bila perlu je..hehe

ape yang nak disampaikan?

Saya nak ucapkan tahniah kepada seorang lagi sahabat lama. Sahabat terawal dizaman kanak-kanak yang kini telah selamat diijab kabulkan. Siti Husna Izzati, aku ingin mengucapkan tahniah kerana telah mencapai status isteri diusia 22 tahun.

Siape sangka kan? Ko nak kawen seawal ini. Ko pon tak sangke kan. Ape pon, kisah you menarik la. Bagaimana apabila jodoh itu telah sampai, tidak sesaat pon kita boleh tangguhkan. ^_^

Saat tengok ko punye picture akad nikah, terkenang saat kite sekolah rendah dulu. Haish, tak sangke pula sekarang dah kawen. Serius, memang tak sangka betul. Jeles pon ade jugak . hah, ha.. :p

Nanti majlis kawen, jemput tau. Aku nak pegi. Ko tak jemput pon aku nak pergi jugak. Dah lame tak menjejakkan kaki ke Mentakab. Dah 5 tahun kot. Kejab je mase tu berlalu.

Apapon, aku doakan semoga rumah tangga ko sentiasa dibawah rahmat dan keberkatan Allah. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. ^_^

Mohon curi satu gambar..

p/s : satu lagi early marriage ^_^, dengan keberkatan Ilahi dan ibu bapa. Nak baca kisah Husna? Ni link blog die HusnaIzzati.

No comments: