Mar 29, 2011

Earthquake in Tokyo

Saye bukan ingin mengulas mengenai Tsunami yang melanda Japan tetapi lebih kepada kehidupan harian mereka disana.

Berdasarkan apa yang saya lihat di video bawah ni dengan beberapa video yang lain, saye terfikir satu perkara.

Sememangnya Jepun ni biase dengan gempa bumi ke?

Iyelah, tengok rakyat-rakyat diorang (bukan video ni sahaja), semua tenang je menghadapi gempa bumi.

Memang dah biase ea?

Video ni suasana gempa bumi di Tokyo ketika tsunami melanda Utara Jepun.

Gempa bumi ni dah macam perkara biasa dalam hidupan harian ye.

Sape-sape ade pengalaman, boleh la tolong cerita siket.

Apa pon, Tsunami yang berlaku, kita yang tak kena perlu ambil iktibar.

Kuasa Allah tu tiada tandingan. Bencana diturunkan mungkin sebagai ujian, balasan dan juga peringatan.

Kita yang tak kena, perlu bersyukur dan membantu mereka yang diuji.

Mar 28, 2011

Early Marriage is Blessing Part 2

Video ini bertujuan untuk :
menggalakkan orang kawen, dan kurangkan maksiat.
Jangan takut nak kawen.
tapi bile kawen awal, jgn la pulak cerai-berai.
berani menggalas tangungjawab diusia y muda.

Maaf, tak pandai mengulas. Tengok la sendiri ye. ^_^

Sahabat saye kawen ^_^

Inilah die akibat tak update lame-lame..

Kan da giannn~~~

Ambik, 3 entry dalam satu malam.. hoho

Mungkin untuk kaki blogger, ini perkara biase. 10 entry 1 malam pon rileks je..

Tapi saye?

Saye bukan kaki blogger, bukan juga blogger separuh masa. Blog bila perlu je..hehe

ape yang nak disampaikan?

Saya nak ucapkan tahniah kepada seorang lagi sahabat lama. Sahabat terawal dizaman kanak-kanak yang kini telah selamat diijab kabulkan. Siti Husna Izzati, aku ingin mengucapkan tahniah kerana telah mencapai status isteri diusia 22 tahun.

Siape sangka kan? Ko nak kawen seawal ini. Ko pon tak sangke kan. Ape pon, kisah you menarik la. Bagaimana apabila jodoh itu telah sampai, tidak sesaat pon kita boleh tangguhkan. ^_^

Saat tengok ko punye picture akad nikah, terkenang saat kite sekolah rendah dulu. Haish, tak sangke pula sekarang dah kawen. Serius, memang tak sangka betul. Jeles pon ade jugak . hah, ha.. :p

Nanti majlis kawen, jemput tau. Aku nak pegi. Ko tak jemput pon aku nak pergi jugak. Dah lame tak menjejakkan kaki ke Mentakab. Dah 5 tahun kot. Kejab je mase tu berlalu.

Apapon, aku doakan semoga rumah tangga ko sentiasa dibawah rahmat dan keberkatan Allah. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. ^_^

Mohon curi satu gambar..

p/s : satu lagi early marriage ^_^, dengan keberkatan Ilahi dan ibu bapa. Nak baca kisah Husna? Ni link blog die HusnaIzzati.

Scholar untuk lepasan SPM 2010, Axiata Scholarship


Kepada anak-anak lepasan SPM 2010..

Disini ade satu scholarship untuk korang..

Dari Axiata .. Name scholarship mestilah Axiata Scholarship kan? hehe

Yang menarik, scholarship ini hanya ditawarkan kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di university oversea jer.

dan juga dengan course-course degree yang telah ditetapkan sahaja seperti engineering, economi, philosophy, math, accounting, finance, management dan lain-lain.

Tarikh tutup adalah 5 April 2011.. Jadi, sile lah cepat ye..

Scholar ni akan menanggung semua yuran belajar, buku, lattop travel dan beberapa perkara lagi.

Untuk lebih lanjut mengenai scholar ni, sila rujuk laman web berikut Axiata.

p/s : bertuah benor jadi dak pandai kan. semue orang nak sponser diorang blajar ..

Laki- Laki, jangan bace!!

Setelah lame menyepi, akhirnya kembali menaip..

hohoho, tak tertahan jari-jemari ni nak menari di atas keyboard dengan rancaknya.

sambil ditemani radio IIUM.fm ditengah malam ini, dengan lagu-lagu yang berbagai bahasa dari berbagai-bagai kaum, maka tertaiplah entry ini.

Kenape laki-laki tak payah bace?

Coz kiter nak citer pasal ni :

iklan Libreese..


Go to the web site, and tengok video-video untuk iklan ni, best kan? hehe

Yang laki-laki nak tgk jugak ke? tgk la, kite kan da dewase.. haha

Ape pon, nak cakap yang saye peminat setia Adibah Nor. itu aje..hehe

Yuna? erm, kurang siket..kiki

Ape yang best dengan Adibah Nor?

  1. suare yang best
  2. sporting
  3. kelakar
  4. pandai belakon
  5. cute

cukup la kan? Bukan secret admire pon..Minat je.. ^_^

Ape yang pasti, lagu yang dinyanyikan Adibah Nor "Terlalu Istimewa" sangat mendapat tempat dihati ni.

Touching kot lagu tu, tapi tak perlu sampai menangis okey.

Last word, Libress best..hihi :P

Mar 5, 2011

Tak nak beli? Rugi......

Hari ini saye nak buat post pasal niaga. Saye nak menjual barang kat korang.
Saye jual, korang beli okey?
hehe

Barang yang nak dijual adalah seperti didalam gambar bawah ni.
Korang mesti pernah tengok kan?





Juga sesuai untuk dijadikan hadiah.
(hari raya, hari ibu, hari bapa, hari cuti, hari kerja, hari jadi, hari cemerlang, hari guru dan lain-lain hari lagi)

Juga sesuai untuk lelaki mahupon perempuan ^_^

Saye nak jual huruf ni dengan harga yang cukup murah. Biase nye saye tengok kat kedai, orang jual 1 huruf dengan harga RM 2.00. Makan hati je tak dapat nak beli kan.

Iyelah, 5 huruf dah RM 10.00. Betul tak? Tak termasuk yang bentuk comel-comel dengan tali.

Jadi, saye nak jual pada harga yang saye rasa semua orang mampu beli.
1 huruf = RM 1.20.

Wah, untuk RM 0.80 kan? 5 huruf, baru RM6.00.
Yeay!!

Bukan tu je, tunggu dulu. Kalau korang beli 5 huruf dan keatas, saye dengan murah hati nak bagi satu accessories FREE kat korang. Bagi menambah seri lagi.

Tapi!!

Tawaran ni sah untuk minggu ni je. Promosi sempena kedai baru buka.

Dengar betul-betul. FREE @ PERCUMA tau. Mane nak dapat?

Picture bawah ni antara contoh accessories. Korang boleh pilih nak yang mane. Kalau tak dapat free, harganya sama dengan huruf. RM1.20 satu.

Setakat ini, saye hanya ada 6 jenis background atau body untuk huruf ni. Terdiri dari 6 jenis warna seperti gambar dibawah :
merah hati (glitter)
emas (glitter)
biru (tak glitter)
coklat (tak glitter)
pink(glitter)
silver (glitter)

Yang ini pula pilihan warna untuk tali penggantung. Terdiri dari berbagai warna. Cantik-cantik semua.

Ini contoh set penggantung yang telah siap. Biasanya kat kedai, harganya sama dengan harga huruf, RM 4.00 iaitu harga lain-lain untuk tali penggantung dengan tali body tu. Tapi, saya jual hanya RM 1.50 utk kedua-duanya. Ini kerana kos untuk tali actually lagi tinggi dari huruf.

Jadi, RM 1.50 adalah harga yang cukup berpatutan.

Saye sediakan sekali contoh pengiraan untuk korang jelas sikit okey.
Kalau korang beli macam ganbar yang pertama kat atas, ANEES.
Total adalah RM 7.50.
[RM5.00 untuk 5 huruf dan RM1.50 untuk set tali. Accessories tu free.]

Wah, murahnye!!!!
Kalau kat luar ni, mau dah cecah RM 14.00.
[RM 10.00 utk 5 huruf, RM2.00 utk accessories dan RM2.00 utk set tali.]

Korang dah untung separuh harga tau!!
Aish, tak boleh jadi ni. Murah sangat.

Tapi, kawan-kawan punya harga, saye tetap bagi RM 7.50. ^_^
-----------------------------------------------------------------------------------------

Cara tempahan :
Kalau korang nak beli boleh email atau message saye
013-3136860

format :
perkataan, warna background/body, warna tali halus, bentuk accessories

cth:
MIERA,merah hati, hitam, love biru.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kos penghantaran RM 1.20 untuk dalam Malaysia sahaja. (RM 0.80 setem dan RM 0.40 sampul)
Kos penghantaran dalam UIA Gombak adalah percuma. ^_^

*setakat ini, jenis huruf hanya satu jenis shj. Iaitu petak seperti dalam gambar.
*akaun pembayaran akan diberi kepada korang setelah tempahan disahkan.

Mar 3, 2011

Masuk contest ni, menang Macbook Air, iPad, iPhone or Sony PS3

Milo Jam-Pack.

MiloJoin SAYS.my

Sebut pasal Milo nie, saye suke sangat Milo Cool. Sebelum ni tak pernah cuba, tapi baru-baru ni saje la test beli satu packet, bancuh dengan air sejuk.

Wahhh, memang sedap lah. Tak tahu lah sedap sebab air tu sejuk atau memang milo tu sedap. hehe

Air manis, bile dah sejuk, memang la sedap kan.

Saye yakin, ramai kanak-kanak kat Malaysia ni membesar dengan minum air Milo.

Kecil-kecil dulu sebelum pergi sekolah, memang air ni lah yang mak bancuhkan untuk minum.

Lepas tu kadang-kadang kat sekolah, ade lori Milo datang bagi Milo free kan? Milo ais lagi. Memang berebut la semue orang.

Budak-budak zaman sekarang ni, tak tahulah ade lagi ke tak lori tu datang sekolah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik kepada topik utama, Milo Jam-Pack ni ade buat contest.

Jadi Milo telah mempromosikan contest ini secara besar-besaran.

Mane saye tahu besar-besaran? sebab Milo meletakkan jumlah yang dangat besar di Says.com untuk disebarkan oleh para ahli Says. RM 11923.40.. Banyak la tu kan?

Tambah lagi, bukan di Says.com je promosi ini ade, dekat churp-churp pon ade juga.

Jadi, memang pihak Milo melaburkan banyak duit untuk promosikan contest ini.

Yang menghairan kan saye adalah, perlu ke promosi banyak-banyak ni?

Sememangnya milo ni satu jenama yang feymes kat Malaysia ni, jadi tak promote pon, saye rase milo tetap laku.

Satu sebab nye adalah, mungkin milo laku, tapi contestnye kurang penyertaan. hehe

Ini hanya tekaan, jangan ingat betul pula.

Tapi, jangan main-main dengan contest ni, hadiah nya bukan calang-calang hadiah. Macam-macam seperti Macbook Air, iPad, iPhone atau sony PS3.

Jadi kalau nak menang. tunggu ape lagi. Joint la contest Milo ni. ^_^

Mar 2, 2011

Tak boleh log in Churp-Churp

Update emergency. haha

Internet tengah lembap ni. Takut terputus wireless.

Nak tanye kat sape-sape pon la. Ade problem dengan churp-churp tak?

Untuk korang yang ade akaun churp-churp la kan.

Korang ade masalah nak log in tak?

Kenape saye tak boleh log in?

Da 2 3 hari try log in tapi tak boleh.

Huhu, sedey.

Coz ade assignment terima notice kat email. Tapi nak log in churp-churp tak boleh pulak.

Semue orang menghadapi masalah yang same atau saye sorang je?

Tolong....

Tolong.......

Tolong............