Dec 26, 2010

Semester 2 2010-2011

Wah, dah lama terabai blog ini.

Kini bermula semester baru, sebagai second years Manufacturing Engineering student. Mungkin kali ini aktiviti mengupdate blog tidak lagi rancak seperti semester lepas sebab saya dah menamatkan langganan Celcom Broadband. Kini tiada lagi broadband, dan bebas dari bil bulanan yang kadang kala terasa membebankan.

Summary semester lepas?

Satu semester yang tidak begitu memuaskan. Lebih banyak menghabiskan masa kepada perkara yang tidak berfaedah seperti bermain game. Yang paling penting, hasil dari kehidupan yang agak melalaikan itu, result final sangatlah teruk....

Teruk?

Ya, teruk dan terpaling teruk, dan tersangat teruk.

Azam semester baru?

Baru sedar yang sebelum ni, masuk semester baru tak pernah berazam apa-apa. Jadi semester ni berharap akan lebih baik dari semester lepas.

Jadi kini sedang struggle untuk menahan diri dari berfoya-foya dalam jumlah yang melampau. Tapi agak susah, maklumlah baru lepas cuti, nak dapat momentum belajar tu lambat sikit. Untuk berazam memang sangat senang tapi untuk maintain azam tu sampai habis sem? Hanya Allah tempat aku memohon pertolongan.

Semester baru?

Jadual semester ni lebih padat berbanding semeater lepas. Tapi tidaklah terlalu padat. Still, jumaat tidak ada kelas. Dan hari selasa, full pagi ke petang. Alah, macam tak pernah. Time first year dulu boleh je harung.

Yang penting, kena lawan nafsu main game. Bukan nye game gempak pon. Setakat game plant vs zombie je kot. Game kanak-kanak pon addicted ke Miera?

Haha, tah la. Dah memang kaki main game nak buat macam mana. Game apa-apa pon tibai juga.

Ape yang penting, semester ni akan penuh dengan reading untuk subjek Engineering Ethics Safety and Environment iaitu sambungan kepada subjek UNGS.


sumber : google


InsyaAllah, saya akan tetap maintain menulis blog sekurang-kurangnya sebulan sekali.

To IIUM students, selamat belajar kembali. ^_^

2 comments:

Kanda said...

laa. bru knal ke game tu? haha. anas khatam 2,3 kali jgk la game tu. hehe.

miera said...

haha..maen jugak ke anas..khatam tu!!!

abis khatam lagi tapi sekarang mcm dah boring..hee