Dec 26, 2010

Family Day Wish

Semalam bersamaan 25/12/2010, Alhamdulillah committe Family Day untuk programme WISH (world engineering student inventition challenge) telah berjaya menjayakan programme family day. Kalau tak ingat apa itu programme WISH, boleh rujuk balik.

Tentulah saya merupakan salah seorang committe yang organize programme tu. Kalau tidak, tak perlulah saya post entry mengenai Family Day ni.

Programme sepatutnya bermula seawal 8.45 pagi, dimulakan dengan sarapan yang disediakan kepada participant. Tetapi, masalah dari pihak caterer, mungkin cafe tersebut terlewat menyediakan hidangan. Jadi, programme tertangguh lebih kurang ke jam 10 pagi. Ditambah lagi dengan hujan pada pagi semalam yang renyai-renyai dimixkan dengan lebat, hampir sahaja membuatkan kami ahli committe bertukar ke plan yang ke-2. Tetapi Alhamdulillah, setelah selesai bersarapan, cuaca kembali cerah.

Bertempat di netball court female UIA, kami meneruskan aktiviti. Terdapat 7 game outdoor yang dimainkan seperti straw berlubang, hanging pencil, caterpillar race, belon air, dan lain-lain. Melihat peserta mengerah tenaga untuk memenangi tiap-tiap game itu, sungguh melucukan. Berbagai aksi dan gelagat.

Satu game paling best bagi saya adalah caterpillar race, bukan best untuk dilakukan tetapi best untuk di tonton sambil gelak bagai nak pecah perut. Game ini hanya dimainkan oleh peserta lelaki. Berikutan tanaga yang diperlukan sangat tinggi, mestilah kaum Adam yang gagah perkasa sahaja sesuai untuk memainkannya.

Jam 12, semua game untuk outdoor telah habis. Programme sepatutnya tamat pada pukul satu. Memandangkan cuaca pon dah panas terik, kami berpindah ke indoor tepi dewan badminton female. Memandang kan masa ada lagi, jadi 2 permainan diberi lagi kepada peserta, telefon berkarat dan regu. Tapi disebabkan preparation tak cukup, iaitu dari saya sebagai orang yang hadle game ni, saya rasa kurang berpuas hati.

Untuk telefon berkarat, sepatutnya peserta perlu dijarakkan. Barulah menjadi permainan ini. Disebabkan peserta duduk rapat-rapat, jadi peserta dari depan terus pas ke peserta yang terakhir msg yang diberi. Tapi tak mengapa, ini kesilapan dari saya sendiri. Lain kali, perlu tukar strategi. Hoho

Regu pula, kekuranganya bagi saya adalah bahan yang tidak banyak. Setiap kumpulan hanya diberi 4 pembayang untuk diteka melalui gaya yang dibuat oleh seorang peserta. Sepatutnya bagi banyak lagi dan yang susah-susah, barulah programme berjalan lama sedikit. Tapi kepada peserta, korang memang terer.

Overall, programme berjalan dengan lancar. Peserta dan committe sendiri memberi kerjasama dengan baik. Bagi saya sebagai committe, best sebab dapat bergelak ketawa tengok gelagat peserta bermain. Apa pon, terima kasih kepada semua.

Beberapa gambar akan diupload kemudian. InsyaAllah

P/s: dah macam laporan kelab pulak. haha

3 comments:

Kanda said...

haha. memang laporan. sebijik! =D

miera said...

hehe..ade bakat jadi seketari kan?? ;p

Kanda said...

secretary. tp degree engineering. xleh2. hehe.