Jun 7, 2011

Mulakan hari dengan senyuman!! ^_^

Alhamdulillah..

Sekali lagi setelah berkali bangun dengan hati yang tenang.

Walaupon tidur dengan linangan air mata.

Tapi sekarang, masih dapat melihat ciptaan Allah dipagi hari yang menenangkan.

Minggu ni rase macam akan keseorangan kat bilik.

Nik, dah balik kampung. Mungkin untuk seminggu. Tak sempat pulak nak tanye.

Nik, sampai hati ko tinggalkan aku.. sob3.. hehe

Walaupon tak beramah mesra, tapi tau la ade orang lain kat bilik. haha

Cik Manisah, yok datang UIA. Saye belanje kamu makan nasi ayam penyet kat Aminah sekali.

^_^

Minggu ni exam Mid term Mechanic of Metarial (MOM) pulak.

Khamis ni ye. Nasib baik malam, 8.00 pm.

seperti biase, jom ke kelas!!

haha

Jun 6, 2011

Mine

Jagalah apa sahaja hak kita dan tanggungjawab kita dengan sebaiknya.

Dan jangan pula cuba-cuba mengacau atau mengambil hak orang lain.

Kerana, hak kita sendiri pon belum tentu terjaga dengan baik bukan?


Peringatan bersama untuk rakyat sejagat

^_^

Jun 5, 2011

Sila Jujur.

Salah satu kunci untuk mengekalkan persahabatan adalah "Jujur"..

Yup, sila jujur dalam persahabatan anda.

Walaupon jujur nie kadang kala boleh membawa kepada kemusnahan persahabatan, tapi ia mungkin tak semusnah bila kawan kite nie tahu kita tak jujur.

Please be honest!!

Walaupon bile die tanye die cantik tak hari ni, sila lah jawab dengan jujur. Kalau tak cantik, sila nyatakan "tidak".

Walaupon jika kite dah janji nak jumpe kawan kite ni jam 4 petang, tapi jam 5 petang baru sampai kerana tertidur. Sila nyatakan "saye tertidur". Tak perlu nak memutar belitkan cerita kononnya berlaku excident okey?


Walaupon kite sebenarnye bosan dengar cerita die yang tak pernah-pernah habis. Sila nyatakan yang "saye bosan".

Dan walaupon kite rase, kite dah tak boleh nak go on dengan persahabatan itu, sila nyatakan dengan sebaik-baiknya kepada kawan itu yang kite tak boleh. Tak perlu berpura-pura nak melayan segala kerenah die dalam masa yang sama hati tu tak ihklas.

Ini barulah dipanggil persahabatan sejati, jujur dan saling menerima. Boleh menyuarakan ape sahaja tanpa segan dan silu. Boleh berkongsi ape sahaja tanpa sorok-sorok.

Tak best la kan main sorok-sorok dengan kawan baik sendiri.

Lagipon, kita bukan bermaksud nak mengecam, tetapi lebih kepada berterus-terang demi keabaikan. Tak terniat untuk putuskan persahabatan pon kan.

Jadi, sila-silalah berlaku jujur ye kawan-kawan.

Ini yang sebaik-baiknya dari menipu kawan sendiri.