May 24, 2011

Pendapatan Pertama dengan Says.my

Alhamdulillah...

Setelah 7 bulan, baru inilah nak merase cash out dari Says.my ni.

Rase excited walaupon hanya RM50.00

Gembira sebab dapat duit hasil dari usaha sendiri melalui internet. Tambah lagi bila ia melibatkan tiada penggunaan modal. hehe




Lagi menggembirakan bila duit yang masuk ini kita berusaha dapatkan dengan cara yang halal.

Seperti yang saye dan ramai lagi yang lain tahu, ramai yang masih ragu-ragu dengan halal haram pendapatan melalui internet ini.

Saye juga telah membuat sedikit sebanyak pembacaan mengenai perkara ini, jadi Alhamdulillah saye berjaya memahami bagaimana cara yang betul. Namun begitu, jika apa yang saya perkatakan ini salah, maafkan saye.

Pertamanya, dalam mengumpul duit melalui Says.my ini, saya tidak sama sekali memaksa sesiapa klik pada iklan yang saye sebarkan. Ramai juga saye lihat diluar sana yang mana mereka paksa rakan-rakan klik iklan mereka itu dengan cara menghantar spam dan lain-lain. Jadi, cara yang paling selamat bagi saye adalah dengan hanya post di facebook untuk tatapan rakan-rakan atau menulis mengenainya di blog.

Yang ke-2, iklan yang disiarkan itu halal atau haram. Dalam Says.my, kita boleh memilih iklan yang kita mahu sebarkan. Sememangnya 100% pilihan kita sendiri. Jadi, bergantung kepada kitalah untuk menilai iklan mana yang boleh disebarkan dan yang mana tidak. Alhamdulillah, Says.my banyak mengeluarkan kempen untuk iklan-iklan seperti pertandingan ataupon memperkenalkan produk baru. Jadi, iklan-iklan ini tidak menjadi masalah, namun harus juga kita bijak untuk menapis.

Sebelum ini, saye pernah berkongsi mengenai promosi untuk kad-kad bank. Tetapi setelah mendalami beberapa perkara, saye terjumpa satu perkara yang buat saye ragu-ragu untuk berkongsi kempen itu lagi. Yang mana, kita tidak pasti bahawa bank yang kita bantu untuk promosi itu, terlibat dengan riba atau tidak. Jadi, setelah itu, saye juga tidak berani untuk berkongsi kempen mengenai bank lagi.

Jadi, tak hairan lah kalau saye mengambil mase 7 bulan untuk mengumpul RM50 sedangkan orang lain dalam masa sebulan boleh cash out banyak kali.

Apa yang penting untuk saye adalah kepuasan, yang mana saye boleh berkongsi maklumat kepada rakan-rakan disamping menambah pendapatan diri tetapi tidak lupa dengan hukum-hukum Allah. At least, saye tak rase saye online dengan sia-sia.

Jadi, rakan-rakan yang nak join, jom la register ^_^

May 23, 2011

Komen untuk Nur Kasih The Movie

Tapi tak sangka semalam, berjaya jugak memboloskan diri dari kancah ketakutan. haha

Semuanya kerana Nur Kasih The Movie. Tengok ramai sangat orang post kat Facebook kate best, buat tertanye-tanye best sangat ke. hoho


Sebelum ni serius tak pernah keluar seawal 10 pagi, tapi semalam sebab Nur Kasih punya pasal, pukul 10 dah terpacak kat bus stand dalam UIA. Takut lambat nanti, tiket wayang habis.

Then sampai lah kat KLCC, dah berjaya mendapatkan tiket pukul 12.10 tgh hari.

So, bile da habis tengok member tanye, best ke tak?
..................................
Jawapan terpantas yang dapat difikirkan waktu tu adalah "No komen".. hahaha

Nak kate tak best. Rasenye okey je..

Tapi macam ade yang tak kene.

Fikir punya fikir, barulah dapat tau ape yang tak kena.

Biar saye cerita sinopsisnye sikit:

Di awal cerita, kisah sedih pertama adalah kematian Alia isteri kepada Aidil, kemudian diikuti dengan Nur yang mengalami keguguran anak pertama mereka. Di pertengahan cerita, Nur dan Adam mengalami kemalangan yang melibatkan kereta api di Jordan, yang mana pada mulanya disangka kan Nur telah meninggal dunia. Kemudian diikuti pula dengan kehilangan Adam ketika mencari cincin Nur iaitu cincin perkahwinan mereka ditempat berlakunya kemalangan kereta api itu. Kemudian Adam dijumpai semula tetapi dalam keadaan yang tenat kerana kemalangan. Adam dibawa pulang semula ke Malaysia tetapi peluang untuk sembuh adalah tipis kerana sakitnya itu melibatkan jantung yang telah pon mempunyai masalah.

Kemudian??

Sila tengok sendiri dipawagam. hehe

Yang penting, cerita ni memang sedih dari awal sampai habis. Jadi ape yang saye rase tak kene nye dengan cerita ini adalah dugaan yang menimpa Nur terlalu banyak yang mana boleh membuatkan penonton seperti saye rase macam dah jadi cerita yang "fake"..

Sememangnya sebagai seorang Islam, dugaan Allah akan mendatang tanpa kita ketahui. Tapi bila kite dah tengok cerita, bila macam-macam sangat, nampak seolah-olah terlebih-lebih pulak.

Ape pon, msg yang disampaikan memang amat baik yang mana kita perlu tabah dengan dugaan Allah walau banyak mana pon dugaan tu datang.

Yang belum tengok lagi, pergi lah tengok ye. Tak rugi pon menyokong filem tempatan. Not bad pon citer nie. Boleh la ambil pengajaran yang baik.

Rate yang saye dapat bagi untuk filem ini adalah 3 bintang dari 5 bintang.

May 14, 2011

Officially 3rd Year Student IIUM ^_^

Wah, lambat betul update status. haha

Officially, now i'm 3rd year student. Wah, kejab je mase itu berlalu. Habis 2 semester nanti, dah kena p intern pulak. hoho

Then next year nye pulak, bz dengan FYP. Moga-moga semua berjalan lancar.

Erm, result semester lepas naik dari semester sebelum tu tapi still rendah dan tidak mencapai target. haha

Alhamdulillah tiada yang perlu di "repeat"..

Ape la nak jadi, sampai bile la nak jadi malas macam ni kan? Harap tak repeat je.

Nak pasang azam, tapi pasti azam tu nanti masuk minggu ke 2 or 3 dah terkubur. hehe. Korang pon same, saye tau lah.

Tak pe, kite pasang azam senyap-senyap okey. Do the best for next semester. At least, better sikit dari this semester okey? Sikit pon jadi lah.



For short semester kali ni, saye ambik 2 subjek je. Dah memang maximum boleh ambik pon due je UIA bagi kan. haha.

Kelas semue pagi, tak de petang. haha

So, hope mungkin boleh membantu menaikkan CGPA? at least naik 0.01 pon jadi la. haha

Angan-angan untuk berkerja sambil belajar mungkin terpaksa dikuburkan jugak memandang 2 subjek tu macam tough. Tak pe, kite tengok dulu nanti macam mana okey?

Wish to all student UIA. Sape yang ambik short sem, moga-moga sem ni better dari last sem lepas.

Dan untuk yang tak ambik short sem nie, bercuti lah puas-puas sampai bulan 9. Kalau rajin kerja, boleh kumpul duit buat beli kereta pas grad nanti. haha.

^_^

p/s : oo, lupe. Third year dah boleh bawak kereta. Mesti ramai member-member bawak kereta pas ni. haha