Apr 18, 2011

Fitrah Manusia Menyayangi




Saye tertarik untuk berkongsi mengenai satu tajuk.
Perkara ini saye rasa dan saye teka mungkin ramai yang merasainya.
Suka kepada sahabat sekaum.
Tapi bukan sehingga melakukan hubungan sejenis.
Saye hanya ingin bincangkan topik yang lebih ringan.

Seperti situasi seperti ini :

Ada sesetengah orang (perempuan), gaya dia, personaliti dia, cara dia layan orang buat saya tertarik pada dia.
Teringin nak kenal lebih dekat. Kadang2 pernah juga termimpi2. Tapi itu sebab saya tak dapat apa yang saya nak.
Atau mungkin sebab saya berharap/berangan nak rapat dengan seseorang tu.
Sebab biasanya kalau ade yang macam that type, yg interesting utk dikenali..saya akan jauhkan diri dari dia,
walaupun sebenarnya saya nak dekatkan diri..

Saye memetik kisah ini dari laman iluvislam.com yang mana insan ini ragu-ragu adakah dirinya tidak normal.

Apa yang menarik, saye merasakan insan ini mengambil jalan yang positif dengan menceritakan masalahnya untuk berkongsi dan meminta pendapat berbanding dengan ramai lagi diluar sana yang memendam dan akhirnya menjadi tekanan perasaan dan jiwa pada diri sendiri.

Jika ada antara sahabat yang melalui situasi yang sama, janganlah dibebankan diri memikirkan perkara ini. Andai satu perasaan tidak normal datang, jangan dihiraukan. Cuba sedaya upaya untuk mengabaikannya.

Saye pernah mendengar orang kata, sememangnya setiap orang akan ada perasaan suka kepada sejenis, tetapi bergantung kepada orang itu untuk melayan atau mengabaikan perasaan itu.
Dan menyedihkan, banyak yang berlaku pada masa kini adalah, orang lebih ramai untuk melayan perasaan ini. Akhirnya membawa kepada perkara yang lebih kronik dan dibenci Allah iaitu hubungan sejenis.

Berbalik kepada situasi diatas, saye juga menjumpai satu jawapan yang terbaik dari page yang sama diambil iaitu :

*assalamualaikum kawan2.. How can I say this.. M sorry.. Bersabarlah duhai teman yang sedang diuji.. Back then.. Last week.. Saya ada bincang dgn naqibah saya pasal nih.. Benda nih asyik menghantui saya je sebab selama nih tak jumpa cara yang berkesan ntuk bagi pendapat dalam hal2 yang sebegini. Betul,tak rasa tak tahu.. Tak cukup je kan,kalau ada orang yang nak memahami.. Yang terus berdoa,semoga teman tu diberikan kekuatan untuk terus gagah berdiri dan tempuhi masalah besar nih.. Katanya my naqibah.. Kawan2 yang camni kena mujahadah.. Apa itu mujahadah? Means terusan kental,dan keep going bersungguh2 melawan perasaan tu.. Lalu dia (my naqibah),menceritakan pada saya satu kisah ni.. Based on hadis katanya, dia tak cakp la pulak sape naratornya.. Maap deh.. Kalau naqibah saya tersilap,maka terslahlah juga hamba yang tengah menaip ni.. Dikisahkan ada seorang hamba Allah. Dia seorang lelaki dan datang bertemu Rasulullah SAW. Katanya pada baginda,"Ya Rasulullah,sesungguhnya aku mencintai dia (seorang lelaki)." Lantas Rasulullah berkata,"Pergi padanya,dan katakan padanya yang kau mencintainya kerana Allah." Pemuda tersebut pergi dan memberitahu si lelaki yang disukainya."Wahai saudaraku,aku mencintaimu. Aku mencintaimu kerana Allah." Seterusnya,lelaki berkenaan menjawab,"Terima kasih wahai saudaraku. Semoga Allah menyayangimu kerana mencintaiku." Masyaallah. Saya agak tersentuh mendengar kisah cinta nih. Teman,tahukah dikau apa maksud kisah ni? Apa mesej yang hendak disampaikan Rasulullah kita. Inilah dia.. Kisah keindahan cinta sebuah ukhuwah. Gay,lesbian adalah haram. Kenapa haram? Sebab bila dah melibatkan hubungan seksual. Cinta apakah ini teman2? Demi nafsu atau Allah? Cinta terhadap seseorang yang sama jantina mempunyai had. Jika dah melepasi had,jangan biarkan action yang mendatang tu menjerumuskan diri dalam kancah kehinaan. Berusahalah. Berusahalah bersungguh2. Ignore perasaan tu. Jangan mengaku kalah. Boleh. Mesti boleh. Allah menguji hamba2-Nya yang mampu dan kuat untuk ujian tersebut. Dan jika diri sudah boleh mengawal, kenapa tidak cinta abnormal itu ditukarkan kepada cinta ukhuwah. It's hard. But please keep trying. You can do it. You can !! Mesti buat, mesti cuba. Cinta seorang teman sangat hebat dan agung kan? Tengok saja sahabat2 Rasulullah yang bermati-matian membela baginda. Nyawa mereka tiada nilai bagi mereka jika Rasulullah kita yang mulia dihina,dicaci.. Carilah cinta ukhuwah kerana ianya sangat indah.. Alhamdulillah,saya dah bertemu yang saya punya.. Cinta ukhuwah saya.. Thanks Ya Allah.. Sungguh, aku menyayangi mereka kerana-Mu.. Kan kusebut nama2 mereka di dalam setiap doaku.. Insyaallah,selagi mana nyawa ini masih tersisa.. Insyaallah..

Sama-sama untuk kita renungkan bersama.

Beberapa cara untuk merawati :
  1. mengurangkan kadar tumpuan dan fikiran untuk masalah ini.
  2. Jalanilah hidup seperti biasa dan cubalah berfikir untuk masa depan yang mendatang.
  3. laluilah dan tempuhilah cabaran ini dengan tenang dan sabar.
  4. Kurangkan tekanan tersebut. Anggaplah ia perkara biasa.
  5. berfikiran jauh berkenaan masa depan kita dan tujuan kita dilahirkan di dunia ini.

Apr 16, 2011

Hari Terakhir Disini....

Setelah sekian lama tak update status diri kat blog.

Hari ni, hari terakhir saye disini.

Sambil-sambil menghitung masa, bila la Abang saye sorang ni nak datang ambik. Katenye pagi, da pukul 10 lebih da ni, tak reply-reply msg pon.

Mengemas tak habis lagi pon sebenarnye. haha.

Banyak rupenye barang-barang dan khazanah-khazanah. Baju saje dah 3 beg besar. Buku-buku dah 3 kotak. Accesoories dah 3 beg. haha

Biaselah, perempuan~~~~~ :p

Sebagai entry terakhir untuk disini, rase macam nak buat entry khas la pulak.

Tempat ni, cukup setahun saye bermastautin disini.

Tapi macam tak banyak perkara yang berlaku. Tak banyak sangat kenangan yang melibat kan sini. Selain dari, makan, tido, study, buang masa, bergelak ketawa dengan penghuni-penghuni lain, bergosip dan lain-lain.

Ape pon, still tempat yang terbaik untuk saya, bila disini la saye dok menghilangkan kesepian, bersendiri, cuba menghiburkan diri dan mencari identiti diri yang terbaik. ^_^

So, selamat tinggal H4.7 D Mahallah Asiah. Saye akan berpindah ke bilik lain pula lepas ni.

16/04/2011 10.23 a.m

Apr 8, 2011

Nak DSLR free!!!




Pernah tak diberi peluang menang hadiah tanpa melabur sesen?

Contohnye kene joint jadi ahli dan bayar yuran ke?

Saye ade satu. Ape lagi kalau bukan dari Say.my

Memang syok habis time 1st bukak page Bufday Give away dari Says.my ni.

Hadiah yang ditawarkan memang betul-betul buat air liur meleleh. Haha

Terutama bila ade camera DSLR, iPhone 4 dengan iPad 2..

Memang laju je terus joint bufday give away tu.

Korang nak berpeluang jugak?

Bukan susah pon. Syarat nak joint, korang kene register sebagai salah seorang komuniti Says.my ni. Tak rugi pon. Sebab laman web ini memberi peluang kat kita untuk cari duit sambil-sambil berfacebook.

Sepangjang 5 bulan joint Says.my ni, Alhamdulillah account saye dah ade RM 40++. Tak sabar nak tunggu RM50.00.. nak cash out. Boleh beli baju baru :p

Kalau korang tak nak dan tak percaye dengan Says.my ni pon tak ape. Tak rugi pon. Tak ada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan. Register dan senyap je pon tak pe. haha

Tapi dah alang-alang berfacebook kosong-kosong tu kan. Baik la buat benda yang berfaedah sikit. At least, sekali online dapat la 20 sen. Walaupon tak banyak, better la kan dari buang masa saje-saje.

Nak tahu lebih lanjut pasal Says.my ni, korang boleh la tengak kat web page die. Register terus pon tak pe. Berpeluang jugak nak menang macam-macam hadiah. ^_^

Setiap hari ade pemenang yang lain-lain tau. Jadi korang akan berpeluang nak menang hari-hari. Kalau tak nak joint, doa-doa kan la saye menang. Dapat la jugak DSLR. haha :p