Jan 7, 2011

Women love to scream!!

Orang perempuan suka sangat menjerit kan?

Bila terkejut or takut, mesti menjerit.

Kenapa perlu menjerit?

Salah satu sebabnye maybe kita rase selamat bila menjerit. Sebab kita menjerit mungkin untuk orang lain dengar dan tolong. Ataupon something yang menakutkan tu blah sebab kita jerit kuat sangat. Biar dia bingit. haha

Tapi, please. Yang dok kat blok mahallah ni menjerit dari tadi pulak, ape masalah dia?

Tiap-tiap malam pulak tu.

Okey, mungkin kawan dia menyakat dia baling-baling tikus kot. So, dia jerit sebab nak selamatkan diri. Supaya kawan die tu rasa bising dan stop maen baling-baling tikus. (-_-!)

Cik adik, suara kamu sangat sedap dan nyaring. Sampai guard kat depan mahallah tu pon boleh dengar.

Jangan mencetus kontroversi okey.

Nak jerit boley, tapi saat tak selamat sangat je. Kena rompak, ada orang nak ambil kesempatan, dan terancam nyawa. Jerit la minta tolong puas-puas ok. Kalau kawan kacau, tak perlu.


ha, yang nie boleh jerit. haha

Jan 5, 2011

Kenangan Raya 2010

Okeyh, terlambat update gambar raya. Contest raya untuk raya pon semua dah habis. Tapi tak kesah la. Still nak upload gambar nie.

Lokasi : rumah Alia
Tarikh : After leadership gathering sem 1 2010/2011. (tak ingat tarikh ;p)

kami gadis-gadis belum kawen

Atas dari kiri : Farah, Syak, Iswaibah, Linda, Ain, Jihah, Syazana, Amira, dan tuan rumah: Alia.
Bawah dari kiri : Fiqi, Ella, Shafa, ily, and eza.

kalau nak stalk gadis-gadis ni, cari sendiri kat fb ok?

Thanks untuk tuan rumah dan semua yang sudi menjemput dan menumpangkan saya bersama pergi beraya. ^_^

Jan 4, 2011

Saya kaki ponteng!

Hari ini quiz math cancel. haha. Postpon pada khamis nanti.

Actually, tak de lah get ready sangat tadi. Tak buat latihan pun, study rumus dengan latihan yang lecture bagi je. So, bile cancel kuiz tu, rase tak kesah pon. hehe

Student lain macam semangat gila. Kelas yang before ni jarang-jarang penuh, tiba-tiba hari ni sampai tak cukup kerusi meja.

Ponteng kelas untuk student U itu adalah perkara biasa atau pon luar biasa?

Kalau time sekolah dulu, ponteng kelas tapi pergi sekolah rase macam pelik je kan? Rasa macam benda tu budak-budak nakal je buat. Kalau nak ponteng pon, ponteng sekolah terus. Walaupon still tak patut rasanya untuk kanak-kanak sekolah.

Tapi kenapa, bila dah dekat Uni, ponteng kelas tu rasa macam tak ada ape-ape je. Tambah lagi kalau Department Engineering yang dah memansuhkan pengambilan kedatangan. Bukan benda tu satu perkara yang sama ke macam kita ponteng kelas time sekolah?

Mungkin dah mind set student-student kot. Even pemilik blog ni sendiri pon pernah ponteng kelas kot. Rasa ape ek. Rasa macam tak de ape-ape pon. Rasa bersalah tu ada jugak tapi lama-lama lupa macam tu je.

InsyAllah, sem ni berazam taknak ponteng kelas even satu kelas pon. Kawan pernah cakap dulu, tak paham pon, datang je lah kelas. Keberkatan dari datang ke kelas itu pon salah satu kunci kejayaan.

Actually, hidup student ni lagi senang dari lecture. Student, kalau rasa tak nak datang kelas, boleh ponteng je suka suki hati. Tapi, lecture kalau rasa tak nak mengajar, boleh ke cancelkan kelas suka-suka hati?

Haha, kalau ada lecture yang macam ni, memang lingkup lah student. Bahkan Uni pon boleh lingkup kot.

So, point entry ini, rajin-rajin lah ke kelas. ^_^


p/s : tak kena lansung. haha