Nov 18, 2021

2021

Hai, 

Haha. Aku kembali setelah setahun. 

Covid19? 
Masih ada bersama kehidupan manusia. Dah declare as endemik, which wabak ni akan terus bersama manusia. Tapi manusia tetap kena teruskan hidup seperti biasa. 

Hidup aku? 
Secara ringkas, last 4 month ayah aku jatuh sakit. 
So, aku berulang alik dari Penang ke Kedah since aku je yang paling dekat. Sakit ayah aku, hempedu pecah. 

Sebab? 
Sebab saluran hempedu tersumbat dengan batu karang. Rutin hidup aku sekarang adalah ulang alik hantar ayah aku menjalani rawatan dekat Hosp Sg Petani tu. Malaysia dah open boarder sekarang, Alhamdulillah dah boleh travel antara negeri. 

Last week pon aku baru balik dari UKM. 
Hantar adik, Ayuni continue study sem 3 dekat sana. Pergi sana dengan K.wani. 
And aktiviti wajib is, jumpa Sha la dekat sana. 
Menceriakan hari-hari kitorang dengan hari-hari dia. 
Alhamdulillah, semua still sihat sekarang. 
Cumanya kawan-kawan k.wani ada conflik hubungan rumah tangga sikit. 
So, tak tahu lah nanti still boleh berkumpul macam dulu-dulu dekat Redang tu atau tak. 

 Aku? 
Masih di sini, meneruskan hidup seperti biasa. 
Masih cuba untuk berbakti kepada orang tua sehabis baik. 
 History 2019 repeat balik, aku berhenti kerja lagi. 
Aku rasa aku tak mampu nak fokus kerja dalam keadaan ayah aku tak sihat sekarang. 
Doakan aku masih boleh mencari rezeki dengan cara lain selain makan gaji.