Nov 3, 2013

Masa itu akan terus pergi.

Tambah tolak darab bahagi, masa terus berjalan. Pergi, pergi dan pergi.. Meninggalkan manusia yang tidak mengisinya dengan sempurna. Begitu juga masa telah pergi meninggalkan aku yang kelalaian.

Bagi aku, yang sifatnya suka kan realiti. Sudah tentu aku teruja dengan alam pekerjaan. Yang mana aku boleh melihat sendiri dengan mata  kepala bagaimana sesuatu produk itu berfungsi dan dihasilkan. Bukan lagi teori buku yang aku perlu berfikir dan membayangkan bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi.

Bukan teori itu aku maksudkan tidak baik, tp bagi insan seperti aku yang perlu belajar dari teori baru pergi kepada praktikal, aku merasakan payah. Lebih senang aku melihat sesuatu praktikal terlebih dahulu, sebelum aku memahaminya secara teori. Mungkin, suatu hari nanti aku harapkan adanya reversed dalam sistem pembelajaran.

Dan kerana itu, aku perlu belajar kembali sekarang demi lebih memahami mengenai produk yang tempat kerja aku hasilkan. Kalau dahulu, aku benar-benar faham mengenai medan magnet dan teori elektromagnetik, mungkin sekarang tidak perlu aku menggoogle mengenai basic dc motor. Tidak perlu lagi aku berazam untuk mentelaah dimalam hari, setiap kali aku tidak memahami sesuatu perkara diwaktu kerja.

Dan lebih merumitkan keadaan, malam ku akan terus berlalu tanpa kusedari terlena dibuai mimpi. Siapa yang harus aku salahkan? Sistem pendidikan yang melebihkan teori? Pekerjaan yang diluar bidang pembelajaran? Kerja yang memerlukan kerahan tenaga dan otak yang memenatkan aku dimalam hari?

Heh..

Jangan mudah menyalahkan.

Pandang diri sendiri dalam cermin, dan ungkapkan kata "kau yang bersalah!"

Kemudian pergi ke dapur dan bancuhkan kopi. Sila study!!

Assalamualaikum~~