May 14, 2013

SAMAN

Saman yang aku nak komen disini hanyalah dari skop pelajar UIA sahaja. Sebabnya, isu ini tengah hangat didalam UIA semenjak seminggu dua ini.

Kes terbaru yang membuatkan sesetengah pelajar UIA angin, adalah saman kerana tidak mempamerkan kad matrik ketika berada didalam kampus.

Aku tahu, memakai matrik kad didalam kampus adalah kewajipan yang telah diberitahu semenjak semester pertama tahun satu lagi.

Namun, perkara ini tidak menjadi budaya pada ketika itu dan pihak atasan juga tidak terlalu mengambil berat mengenai hal ini (ketika itu @ dahulu).

Oleh itu, sememangnya pemakaian matrik kad bukan merupakan budaya UIA ketika itu. Namun, satu perkara yang aku perasan adalah, pada semester ini, terpamer banner yang bertajuk Knowing Me, Knowing You.

Dan aku tahu, motif banner dan kempen itu adalah menyarankan pelajar-pelajar memakai kad matrik ketika dikampus. Dan aku tidak mempunyai masalah dengan kempen itu, kerana bagi aku pemakaian memakai kad matrik didalam kampus merupakan satu budaya yang baik.

Namun, banner itu hanya tergantung disetiap mahallah tanpa adanya sebarang notis mengenai menguatkuasaannya. Dan aku melihat, pelajar-pelajar masih tidak memakai kad matrik ketika dikampus.

Secara tiba-tiba, dalam seminggu dua ini, pelajar-pelajar telah dikejutkan dengan operasi dari pihak atasan yang menyaman pelajar yang tidak mempamerkan kad matrik mereka.

Dan aku merupakan salah satu mangsa. Sungguh, tak ada sekelumit rasa marah pon disaman. Kerana aku tahu undang-undang ini telah lama, tetapi hanya tidak dikuatkuasakan.

Namun, terdapat sesetengah pelajar yang sememangnya tidak berpuasa hati dengan perkara ini. Terutama, saman-saman yang dikenakan berlaku selepas waktu pejabat.

Sejak disaman, sememangnya aku mengambil pengajaran. Kad matrik mula digantung setiap kali aku ingin melangkah keluar dari mahallah.

Tetapi, terdapat beberapa perkara yang masih samar-samar dipenglihatan aku. Iaitu, apakah waktu-waktu yang diwajibkan memakai kad matrik, dan dimanakah tempat-tempatnya?

Secara relevant  adakah pemakaian kad matrik itu perlu untuk seorang pelajar yang hanya ingin melangkah ke  cafe mahallah sendiri ketika berpakaian tidak formal a.k.a baju tidur (yang masih menutup aurat)? Kelakar jika dibayangkan.

Jadi, aku merasakan pihak atasan perlu memerincikan lagi mengenai pelaksanaan kempen ini. Saman secara tiba-tiba juga merupakan satu perkara yang bagi aku tidak sepatutnya dilakukan.

Pertamanya, pihak berkuasa harus maklum bahawa pemakaian kad matrik ini bukan budaya pelajar. Dan langkah untuk menjadikannya sebagai budaya, sememangnya mendapat sokongan 100% dari aku. Tetapi, satu pengumuman ataupon penghebahan mengenai perkara ini perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil.

Penggantungan banner-banner itu tidak boleh dikira sebagai hebahan kerana ianya digantung secara tiba-tiba tanpa diterangkan kepada pelajar.

Jadi, keluarkan terlebih dahulu notis, yang menyatakan pelaksanaan kempen akan dilakukan berkuatkuasa dari sekarang. Beri tempoh untuk pelajar membiasakan diri (cukuplah walau hanya seminggu atau dua tiga hari), dan selepas tempoh itu, maklumkan bahawa sesiapa yang dijumpai tidak memakai kad matrik, akan dikenakan tindakan.

Kemudian, perincikan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang memerlukan pelajar mempamerkan kad matrik seperti ketika keluar masuk main gate kampus, keluar masuk gate mahallah dan kawasan-kawasan akademik. Sekiranya pemakaian kad matrik masih perlu walau hanya untuk ke cafe sekali pon, maklumkan kepada pelajar (even tak berapa relevant). Yang penting, pelajar maklum dan tahu mengenainya.

Saman yang dilakukan secara tiba-tiba aku lihat amatlah tidak adil kepada pelajar-pelajar. Umpamanya, menghukum seseorang yang tidak tahu mengenai kesalahannya. Banyak yang aku lihat mempamerkan ketidak puasan hati mereka di facebook group IIUMONLINE. Jadi, diharapkan pihak-pihak wakil pelajar dapat menangani perkara ini dengan segera.

Bukanlah dengan tidak menyokong pelaksanaan pemakaian kad matrik, tetapi pastikan cara pelaksanaan yang dijalankan itu betul.

Sekian~