Sep 24, 2011

Review kekasih baru, X3-02

Al kisah cerita setelah kehilangan handphone tersayang Nokia 7210 supernova dalam 3 4 bulan lepas, maka saye menanamkan azam untuk memiliki sebuah handphone baru.

Dan Alhamdulillah berbekalkan income hasil Raya + Internet Income + Ptptn, akhirnye berjaya jugak la memiliki sebuah kekasih hati yang baru iaitu Nokia X3-02. So, terima kasih buat m.cik-m.cik, p.cik-p.cik, abang, mak, ayah, tok, dan nenek kerana tanpa anda, tidaklah saye merasa untuk memilik handphone baru ni. :p

Ptptn punya duit tu, berani tarik sikit je buat cover mana yang tak cukup. InsyaAllah, nanti dapat income baru, akan dicover balik. Jadi, terima kasih la juga kepada kerajaan untuk sumbangan itu.


X3-02

Jadi sekarang nak review sikit buat panduan kepada orang lain yang menyimpan hasrat nak beli handphone ni. Sekarang, mari nak senaraikan kekurangannye dulu (dari pandangan saye la).

  • bateri cepat habis. Orang kate touch skrin handphone memang macam ni. Tapi tak ada la cepat sangat, mungkin sekali cas, tahan untuk sehari lebih sikit.
  • tiada butang kamera khas. Yang mana kalau nak ambil gambar sendiri, kene pandai-pandai agak je dah touch ke belum skrin tu.
  • tiada 3G untuk video call. Tapi 3G untuk internet tu ade la. Berbeza tau 3G ni, jangan ingat sama pulak.
  • Tak boleh set masa untuk keypad lock. So, dia akan lock sendiri ikut masa yang dah diset oleh Nokia.

Em, mungkin tu je kot setakat ni yang saya rasa kurangnya.


Pasal ape yang best, malas nak cerita la. Tapi, sepanjang seminggu saya pakai phone ni, rasa okey je. Semua problem kat atas tu tak adalah mengganggu sangat. For me, phone ni cantik. Dan paling best, phone ni nipis. hehe. Tambah pulak didatangai dengan warna vivax, ataupon light purple (pic yang kanan). Memang nampak nice je. Lepas tu, fully touch skrin, bukan setakat touch untuk menu, select dengan back macam sesetengah handphone tu tau. Fully okey. Cuma, msg je, menggunakan keypad. Bagi saye okey la coz tak suka nak taip msg pon nak kena touch. Memang fail la kan jari ni.

Pasal wifi die pulak, tak tahu nak cerita. Sebab tak pernah lagi guna. Pernah sekali je la tu pon untuk beberapa minit, on facebook pakai wireles cafe. Okey je kot. Kamera pon okey, sebab 5MP. Sound lagu pon okey jugak.



Lagi-lagi, nak tahu ape? haha


Ada juga la, haritu google, cari review pasal phone ni. Baca dan baca, lebih negative dari yang positive pasal phone ni. Tapi review ni dalam tahun lepas, time phone ni baru keluar. Maybe la sebab baru kan, so banyak masalah lagi. Lagi pon, dengar katenye ni phone nokia pertama yang dibuat ada dua-dua fuction iaitu keypad + touchskrin. Mungkin sekarang, nokia dah adjust-adjust sikit segala masalah yang dihadapi phone ni.


Nak tahu lagi, kena la tunggu lame sikit. Maybe i'll face some problem with this phone later. Tapi, hope never la kan. Saye tak suka tukar-tukar phone 
Thats all ~~ ^_^


Sep 23, 2011

Ku bahagia.

Kalau korang yang dapat email macam ni, korang gembira tak? hehe

churp-churp email

Saye sangat bahagia.. Walaupon untuk pertama kalinya nak cashout dari churp-churp ni..

Lalalalaaa~~~

Sep 20, 2011

In a Bad shape


  • serabut.
  • Patah hati
  • teruk.
  • Sedih
  • trouble.
  • Kecewa
  • Terkilan
  • Kecewa


--------------------------eh, there is no "angry" word here--------------------------------

Sep 14, 2011

Anda benar-benar anak Malaysia?

Lagi 2 hari, kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia.

So, Jumaat ini adalah cuti umum untuk semua rakyat Malaysia.

Bila sebut pasal cuti, mesti la ramai yang suka kan? Hari untuk bersantai-santai atau pon hari untuk bershopping untuk wanita.

Tapi rasanya, sekarang ni kalau wanita yang bekerjaya, hari cuti macam ni lagi best kalau dapat duduk rumah rehat-rehatkan badan kan?

Saya tak tahu, sebab saya belum lagi bekerjaya. haha

Sempena hari Malaysia ni juga, jom kite test ke"Malaysiaan" kita dengan menjawab kuiz.

Saye dah pon jawab kuiz ni, tapi resultnya sangatlah menyedihkan. Dapat markah 55% je.

Saye akui pengetahuan am saya mengenai Malaysia masih lagi rendah kurang. (malu je)

Tapi........

Tapi kuiz ni soalan dia memang soalan yang saye tak pernah terfikir pon. Tak tahu la sebab pengetahuan am tu rendah yang buat saye tak fikir. hehe

sumber : Google image
Ape kate korang pon test jugak jawab kuiz ni dah tengok setakat mana korang layak bergelar anak Malaysia.

Kalau berani, jom jawab kuiz How Malaysian are you? ni.

Sep 13, 2011

New!! 10 layers of pizza from Pizza Hut!

Sape dah lama tak makan pizza hut?

Dah tahu ape yang baru dekat pizza hut?


 Nah, tengok sendiri. hehe

Agak-agak, kalau betul la pizza dibuat layer-layer macam ni, macam mana nak makan ye?

Dah macam burger special pulak.

Mesti la 10 layers tu betul, tapi tak ade la macam dalam picture tu. Kalau macam tu, terkoyak la mulut nak makan. Ye tak?

Harga kalau nak lagi detail, tengok kat page Pizza Hut.

Tak percaye?

Pergi la page Pizza Hut ni sendiri.

Sep 12, 2011

Kerja Kosong dalam IIUM.

Macam biase, gatal-gatal tangan klik sane sini di alam maya. Dan terdampar di satu page IIUM.

Job opportunities.

Saje la kan tengok-tengok. Kot-kot nanti ada jodoh kerja dengan IIUM. At least dah tahu nak cari kat mane. hehe

Tapi tak sangka la pulak. Banyak sungguh job kosong sekarang. Sebelum ni buka, tak pernah ada pon.

Tapi mesti la ni kerja tetap kan. Untuk yang berkelulusan Phd, Master dan Degree. Hampir semua fakulti ada kekosongan. Itu untuk bahagian akademik je.

Tengok pulak tuk bahagian administrative, banyak jugak. Technician la, dental nurse la, dental surgery assistant pon ade jugak. Kelulusan yang diperlukan adalah diploma majoriti dan okey dalam BM dan BI.

Ooo, IIUM tengah kekurangan kakitangan rasenye sekarang.

So, kalau korang ade nak cari kerja, sila-sila la tengok. Kot-kot ada yang layak.

Tak pon, ade sedara-mara yang tengah cari kerja kan. Bagi tau lah diorang. hehe

Link nye disini : kerja kosong IIUM

p/s : bahagian administrative ada syarat tambahan iaitu SMOKERS ARE NOT ENCOURAGED TO APPLY... hehe

Sep 10, 2011

My Introduction to IIUM sem 1 2011/2012

9/9/2011

10.00 am : Menaik bas dari Sungai Petani Kedah.

4.00 pm : Tiba di stesen bas Jalan Duta. Bergegas ke IIUM menaiki teksi coz takut tak sempat ambil kunci.

4.20 pm : Tiba di Mahallah Asiah dan register. 5 minit lepas tu. Dapat surat saman dari office.

Tertanya-tanya saman ape. Dah tengok surat baru tahu, sebab tampal bintang-bintang glow in the dark kat dinding bilik. Dan baru tahu yang sebenarnye tak boleh.


penyebab kena saman -_-!!

Masuk bilik, bilik kotor. Mungkin ada orang tumpang duduk. Tiada kehilangan dilaporkan melainkan terdapat extra bantal berbentuk hati (love) terselit dihujung katil. (penumpang tertinggal mungkin.)

Letak beg kat tepi pintu dan bersiap sedia nak kemas bilik. About 1 hour later, baru perasan satu laluan semut sedang berarak panjang menuju ke beg. Baru sedar, kueh raye kene hurung semut (buang).

Turun bawah nak basuh cadar, sarung bantal, selimut, tuala pakai mesin. Baru sedar mesin basuh hilang. Bawak naik balik. (nasib baik setingkat je).

Pergi ambik motor, tinggal dekat mahallah Aminah. Lega tengok motor ade lagi. Tapi ada satu helmet yang tak dikenali ditinggalkan kat motor tu. Ooo, someone exchange my helmet dengan helmet die, helmet saye hilang. (pengajaran, jgn tinggal helmet kat motor.)

Start motor, but 1 hour lepas tu baru motor boleh jalan.


10/9/2011

3.00 pm, keluar IIUM coz nak pergi isi minyak. Isi sekali dengan tong, malas nak keluar selalu. After isi minyak, motor tak nak hidup. Ada 2 3 orang lelaki pon tolong jugak, tapi still tak boleh hidup. Right after that, hujan turun mencurah-curah. Jam 5 petang, baru sampai IIUM after start motor tu sekali je dah hidup.

Sampai bilik, angkat bakul baju ke blok sebelah. Nak basuh yang semalam tu. Sampai je, rupenye blok sebelah punye mesin basuh pon hilang. haha
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hello warga IIUM, cepat la balik. IIUM masih sunyi. haha..

^_^

Sep 8, 2011

IpanelOnline bagi duit Raya

Saye pernah cerita pasal IpanelOnline satu masa dulu dengan korang kan?

Hari ni saye nak bagi laporan mengenai ipanelonline yang telah saye jalankan.

Tujuannya just nak bagi bukti yang ipanelonline ni memang satu cara yang betul dan bukan tipu semata-mata.

Ini merupakan akaun Paypal latest saya. Dah ada dalam RM50++



Saye tahu nilai ni tak tinggi. Tapi cukup la kan untuk membuktikan kepada rakan-rakan kan?

Bagi yang masih tak tahu, ipanelonline ni berfungsi dengan memberi ganjaran berbentuk point kepada ahli yang mendaftar selepas melengkapkan servey yang diberi.

Kiranya dengan ipanelonline ni kite tak perlu nak promote link macam says.my dengan churp-churp. Yang perlu dilakukan adelah menjawab servey dengan jujur. Bila dah selesai menjawab servey, kita akan diberi mata seperti yang telah dijanjikan.

Mata ni kemudian kita boleh tukar ke dalam bentuk wang tunai.

Macam yang telah saye dapat ni la.

Cumanya, wang itu akan dimasukkan ke akuan Paypal yang berfungsi macam akaun bank. Jadi, yang tak ada akaun paypal lagi, kena la buka satu dulu. Tak pe, free je.

Nak tahu lebih lanjut menyenai ipanelonline ni, korang boleh rujuk post yang saye dah terangkan lepas disini dan sini.

Yang nak mendaftar dan cuba-cuba pon, boleh ke sini.

p/s : Jangan risau, tak ada risiko pon join benda ni. ^_^

MAt Lutfi : made by malaysians

Bila dah tengok video Mat Lutfi ni kat youtube tadi, terus rasa macam nak buat entry penghargaan.

Kalau la saye ni seorang penaja pertandingan video sayasukaMalaysia macam yang petronas buat, memang tak ade fikir-dikir dah. Inilah dia video yang terbaik yang patut menang.

Tak cukup dengan tu, i'll upload video ni dekat semua channel tv as Ads Hari Malaysia yang terbaik.

Kalau kita tengok, apa yang disampaikan oleh Mat Lutfi ni rasanya ramai orang dah fikikan.

Tapi yang impress nye adalah, macam mana si Mat ni boleh express kan maklumat tu dan sampaikannya dengan cara yang simple dan ringkas.

Dengan video yang mengambil masa lebih kurang hanya 6 minit ni, Mat Lutfi berjaya buat orang ramai faham dan jelas dengan maksud sebenar saya anak Malaysia.

Terima kasih juga dekat semua yang joint Mat Lutfi punya idea nak buat video tu. Malu dengan diri sendiri sebab hanya menjadi penonton semata-mata.

Cakap banyak pon tak guna jugak kan.

Ape kate korang tengok sendiri video ni dan hayatilah maksud sebenar Malaysia.

Dan terima kasih kat Mat Lutfi yang buat video sebaik macam ni. ^_^


Sep 7, 2011

Cerita Raya

Just about 4 days left before i begin with my new semester.

Tak sangka cuti sepanjang 2 bulan lebih ni dah berlalu dengan jayanya.

Tak sangka jugak dah berpengalaman berpuasa sebulan genap dekat rumah.

Kalau imbas balik, 2 bulan ni ape yang saye dah buat ye?

Menghabiskan duit even tak keluar rumah.

Camne tu? haha

Menyesal coz gatal sangat pergi purchase additional volume braodband. Sampai RM100 pulak tu.
Sekarang padan muka coz dah kena bayar balik. So, duit raya dah minus RM100. Lepas ni, takkan buat dah.

Cerita Raya?

Raya pertama just duduk rumah, bergambar dengan family dulu, bermaaf-maafan. Dah habis, baru balik kampung. Sedare-sedare lain tak sampai lagi. So, dok rumah tunggu tetamu datang jelah.

Raya ke-2, buat konvoi 3 kereta pergi beraya rumah sedara-sedara. Melawat adik beradik arwah tok dengan tok wan. Dalam 3 buah rumah kot. Perut masing-masing, tak perlu nak cerita lah kan. hehe

Raya tahun ni jadi best coz malam raya ke-3, my big family buat BBQ kat kampung.

Wah2, excited sebab semua family belah mak dapat berkumpul bersama. Bakar ayam dengan ikan kat belakang rumah. Sambil kene hurung nyamuk. Macam hutan amazon, kita p masuk serah diri kat nyamuk-nyamuk tu. Serius, pertama kali sepanjang hidup ni, nampak nyamuk sebanyak tu.

Raya ke-4, masing-masing dah bertolak balik rumah masing-masing. So, kira macam raya ke-4 tu dah jadi penutup hari raya for me.

Peristiwa Raya yang tak boleh lupa?

Terpecahkan balang kueh kaca mak. Ahaha. Tah sape punya kerja yang tak tutup balang tu rapat-rapat. Angkat pegang penutup je, so BAANNGGG!!! Balang pon jatuh berkecai. Nasib tak kena marah. :p

Duti raye?

Ni paling best. Tak sangke mak nak bagi duit raye lebih. Sebab tolong cat rumah and buat kueh kot. hehe. Tahun ni ada tambahan si pemberi duit raya. Abang sendiri, coz dia dah kerja. ahaha. Total semua? Rahsia.. hehe.. Dalam RM300++, tak tolak dengan bayar broadband tu. Hurm, rugi-rugi. Kecik-kecik dulu pon, tak de dapat sebanyak ni.

Lagi-lagi??

Ape lagi ek. Dah tengok pic raye? Saye anak ke-2 dalam keluarga tapi dari segi ketinggian, saye mendapat tempat ke-4 daripada 5. Urgh, adik-adik sangat nak melawan ketinggian ku. Tapi tak pe, at least ni yang terbaik coz i still get duit raya. haha

Bersyukur coz dapat beraya bersama keluarga tercinta. Tanpa terkurang seorang pon ahli. Nikmat Allah, sememangnya kita perlu bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhingga ni kan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua.

Big Family
Selamat memulakan hidup baru untuk semester baru ye rakan-rakan. ^_^

Sep 4, 2011

Cuti dan Raya

Raye sebulan.

Jadi mungkin blog ini juga akan bercuti selama sebulan.

Depends pada mood raya. hehe

Selamat Hari Raya semua walaupon raya dah seminggu habis.

To all IIUM students, get ready nak buka buku balik. Cuti tinggal seminggu je lagi.

Belakang : Saya (ke-2), Asyraff (Pertama), Ayuni (ke-5) Duduk : Aqilah(ke-4), Ayah, Mak, Azimah(ke-3)
 ^_^