Tapi tak sangka semalam, berjaya jugak memboloskan diri dari kancah ketakutan. haha
Semuanya kerana Nur Kasih The Movie. Tengok ramai sangat orang post kat Facebook kate best, buat tertanye-tanye best sangat ke. hoho
Sebelum ni serius tak pernah keluar seawal 10 pagi, tapi semalam sebab Nur Kasih punya pasal, pukul 10 dah terpacak kat bus stand dalam UIA. Takut lambat nanti, tiket wayang habis.
Then sampai lah kat KLCC, dah berjaya mendapatkan tiket pukul 12.10 tgh hari.
So, bile da habis tengok member tanye, best ke tak?
..................................
Jawapan terpantas yang dapat difikirkan waktu tu adalah "No komen".. hahaha
Nak kate tak best. Rasenye okey je..
Tapi macam ade yang tak kene.
Fikir punya fikir, barulah dapat tau ape yang tak kena.
Biar saye cerita sinopsisnye sikit:
Di awal cerita, kisah sedih pertama adalah kematian Alia isteri kepada Aidil, kemudian diikuti dengan Nur yang mengalami keguguran anak pertama mereka. Di pertengahan cerita, Nur dan Adam mengalami kemalangan yang melibatkan kereta api di Jordan, yang mana pada mulanya disangka kan Nur telah meninggal dunia. Kemudian diikuti pula dengan kehilangan Adam ketika mencari cincin Nur iaitu cincin perkahwinan mereka ditempat berlakunya kemalangan kereta api itu. Kemudian Adam dijumpai semula tetapi dalam keadaan yang tenat kerana kemalangan. Adam dibawa pulang semula ke Malaysia tetapi peluang untuk sembuh adalah tipis kerana sakitnya itu melibatkan jantung yang telah pon mempunyai masalah.
Kemudian??
Sila tengok sendiri dipawagam. hehe
Yang penting, cerita ni memang sedih dari awal sampai habis. Jadi ape yang saye rase tak kene nye dengan cerita ini adalah dugaan yang menimpa Nur terlalu banyak yang mana boleh membuatkan penonton seperti saye rase macam dah jadi cerita yang "fake"..
Sememangnya sebagai seorang Islam, dugaan Allah akan mendatang tanpa kita ketahui. Tapi bila kite dah tengok cerita, bila macam-macam sangat, nampak seolah-olah terlebih-lebih pulak.
Ape pon, msg yang disampaikan memang amat baik yang mana kita perlu tabah dengan dugaan Allah walau banyak mana pon dugaan tu datang.
Yang belum tengok lagi, pergi lah tengok ye. Tak rugi pon menyokong filem tempatan. Not bad pon citer nie. Boleh la ambil pengajaran yang baik.
Rate yang saye dapat bagi untuk filem ini adalah 3 bintang dari 5 bintang.